Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Sunday, December 6, 2009

HidupMemangPayah..


Artis: Yasin
Lagu: Hidup Memang Payah
Album: Arus Qudus

Layarkan kehidupan
ke destinasi pilihan
nikmatilah keindahan
yang tak dijanjikan.

Hayatilah keperitan
baru bisa mengertikan
kemanasian, kebesaran
rahsia kebenaran.

Yang tinggal kita mencari
hidupnya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan

Hidup ini memang payah
kadang gelap kadang cerah
hati ini jika resah
siksa jiwa takkan sudah

Hidup ini memang payah
kuterima kuberserah
hati ini bila pasrah
yang susah bisa mudah

Bersama yang susah
adanya mudah
bersama yang susah
mudah

Arus deras kehidupan
dikejar dan ditinggalkan
terima yang ditakdirkan
tulus kesyukuran

Dalam jiwa perperangan
duka resah sendirian
kita dalam pengorbanan
pinta keampunaan.

Yang tinggal kita mencari
hidupanya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan



**ana sbnrnye mls nk upload lagu ni..hehe..cari sendri la lagu tu..mmg best lagu tu..seakan-akan memujuk diri kite..faqad minni..wassalam.

BeingTheKhoiruUmmah

Sunday, September 6, 2009

Mengempang atau Menahan??


.salam alaykum.minggu lepas ana n seorang sahabat ana berbual2 n sampai lah kita berdua ke satu tajuk yg agak besar juga skopnya.tajuknya ialah Mengempang atau Menahan??adakah kita perlu mengempang atau menahan nafsu kita semasa bulan Ramadhan ini???ikuti perbualan kami berdua..moga mendapat manfaat nye..

."puasa ertinya menahan.bulan puasa ialah bulan menahan.so,apa yg kita tahan ek?"tanya sahabat ana menghangatkn perbincangan.
"menahan nafsu ahh..nafsu nilah yg jd punca kejahatan dlm diri kite nih..nafsu kite ni tidak akan dan tidak boleh dihapuskan..tapi ianya perlu dikawal.."jawab ana..
"dan syarat pertama utk kita dpt mengawal sst ialah kita mesti mampu menahannya terlebih dahulu..bila kita mampu kawal nafsu,barulah kita mampu mengawal diri ini"sambung ana.

"owhh..mknanye kawal nafsu ni mcm kawal kete laa.."sahabat ana menyambung.
"hah??apsal gtu pulak??ape kaitannya??"tanya ana.nampaknya sahabat ana mengawal perbincangan.
"nta tengok ehh,kalau kte nak kawal kete,kite mesti ade brek.dengan brek kita boleh berhenti dan memperlahankan kete.tapi bila brek sudah rosak atau dah loose,alamatnya kete terbabas lerr.."sahabat ana menerangkan.

"i get it..bagus jugak analogi nta tu ek??"ana memuji."so,benarkah puasa kte selama ini dah berfungsi sbg brek pada nafsu kita?benarkah puasa kita sudah menahan?atau sekadar mengempang?"tanya ana.
"maksud nta??"sahabat ana pula menagih ilmu.

"ye laa,siang kita mengempang nafsu makan,bila berbuka kita lepaskan semahu-mahunya.jika demikian,puasa kita bukan melemahkan kejahatan nafsu,malah melatihnya agar lebih kuat lagi.air yang mengalir secara biasa kurang kuasanya,tetapi jika diempang,kuasanya bertambah kuat hingga boleh jadi jana kuasa"jelas ana.

"hmm..betul kata nta..selalunya bila bulan puasa,mknn yg disediakan utk berbuka lbih enak,lebih banyak dan lebih pelbagai berbanding bulan2 lain.itu namanya mengempang nafsu,bukan menahannya."sahabat ana dh fhm."akibat itu,nafsu tidak terdidik,hati pulak jadi resah,fizikal jadi lembap,tujuan puasa tidak kesampaian.kita akan rugi dunia,rugi akhirat."ana cuba menambah.

"so,mulakan langkah tingkatkan kualiti puasa dengan biasa-biasa sahaja mase berbuka.dan percayalah,bila lapar,kita lebih berselera.hanya nafsu sahaja yang merasuk bukan2.nak itu,nak ini."sahabat ana menutup perbincangan.

.persoalannya,adakah kita mampu untuk menahan dan mengawal nafsu kita?ingat,jangan biar nafsu kita diempang.wujud juga persoalan bagaimana berpuasa secara berkesan.ada beberapa faktor yg perlu diberi perhatian utk melaksanakannya:
-misi berpuasa yg jelas
-input dlm niat yg btul
-proses pelaksanaan yang baik
-hasil yang betul
moga mendapat pengajaran yang berguna utk kepentingan bersama.wassalam.


'BeingTheKhoiruUmmah'

Monday, August 24, 2009

APA ERTINYA IBADAT JIKA...

.salam alaykum.ana just nk kongsi mengenai sebuah tajuk yg diambil ringan oleh sume masyarakat kite skang.mana tidaknya,masyarakat tdk jelas lagi mengenai skop ibadah yg hnya berlegar di gelanggang yg kecil seperti solat,puasa ramadan,haji dan zakat. tajuk ini adlh utk menaik taraf mutu dan kualiti dan pemahaman kita mengenai ibadah kte terutamanya pada bulan ramadhan ini.insyaAllah.

Apa ertinya Ibadat jika ...

1- Keimanan kepada Allah tidak kuat

2- Keyakinan kepada al-Quran tidak mantap

3- Keyakinan kepada amal Sunnah tidak teguh

4- Perempuan yang mendedahkan auratnya terutama rambut

5- Lelaki yang menyerupai perempuan dan sebaliknya

6- Anda menggunakan, memakai, memakan dan minum dengan produk-produk keluaran Yahudi dan proksinya.

7- Anda sekeluarga memakan di Restoran KFC, PIZZA HUT dan MCDONALD.

8- Anda menzalimi atau merampas hak milik orang

9- Anda memperlekehkan orang alim ulama'

10-Anda menyokong pihak yg tdk menegakkan Islam

that's all.harap dpt ambil benda yg bermanfaat.

'Being The Khoiru Ummah'

Sunday, August 23, 2009

Bila'AsimBerMonolog

KITA SERING MAHUKAN HARI YANG cerah..TETAPI ALLAH LEBIH MENGETAHUI, HAKIKATNYA hujan PERLU DITURUNKAN..maka,BERSYUKURLAH..

KITA SERING INGINKAN keseronokan..JAUH SEKALI kesusahan..TETAPI ALLAH LEBIH MENGETAHUI kesusahan ITULAH YANG MENGAJAR kehidupan..maka,BERSYUKURLAH..

KITA SERING MAHUKAN kejayaan..HAKIKATNYA ada HIKMAH DISEBALIK KEGAGALAN itu..maka,BERSYUKURLAH..

KITA SERING MERANCANGKAN sesuatu..apakan DAYA,ALLAH sebaik-baik PERANCANG..cukuplah USAHA KITA membuktikan PERANCANGAN KITA..maka,BERSYUKURLAH seadanya..

KITA SERING MENGINGINKAN ketenangan..HAKIKATNYA DIRI INI PENUH DENGAN dosa & kejahatan..maka,PERBAIKILAH DIRI ini..

TETAPI MANUSIA TAK DAPAT LARI DARIPADA kesilapan..SEMUA ITU BUKANLAH SUATU hukuman..TETAPI SEBAGAI TANDA kasih & sayang ALLAH AGAR KITA LEBIH beriman dan BERSYUKUR dengan segala NIKMAT dan RAHMATNYA..

'BeingTheKhoiruUmmah'

Monday, August 17, 2009

Manusia yg paling berpengaruh

salam alaykum.setelah berape lame dh x post sbb ade masalah sket ngan streamyx kt rumah ana,kali ini ana just ana berkongsi sebuah video yang membuatkan ana berasa bangga dan izzah menjadi umat Nabi Muhammad saw.malas nk cite panjang.tgk je la vid ni.vid ni dlm BI.
Nabi Muhammad patut menjadi manusia yang paling berpengaruh kerana kita boleh tengok dn rasa hasil keringat Rasulullah dan para sahabat dalam berdakwah sehingga kesannya dapat dirasai sehingga generasi kita dan kita dapat nikmati keindahan Islam.Rasulullah juga patut mendapat gelaran tersebut kerana dalam peristiwa Isra' Mi'raj,Rasulullah menjadi imam kepada sekalian nabi.

.maknanya,selain menjadi 'role model' pada zamannya dan sekarang,Rasulullah juga menjadi 'role model' untuk zaman dulu.baginda juga disebut sebagai rahmat kepada seluruh alam.kalau dipikir2 balik,rahmat yang dimaksudkan bermakna sesuatu perkara yang mampu memberi banyak kebaikan dan pemulihan kepada SELURUH ALAM.selain itu, Nabi saw juga disebut dalam kitab2 samawi yang menceritakan tentang peribadi mulia baginda.so,TAK RASE IZZAH KE KITA NI JADI UMAT NABI SAW????

.jgn just rase izzah jer.tunjukkan kebanggaan kite tu dengan mewarisi tugas mulia baginda.SPREAD THE DAKWAH.semoga dengan dakwah yang kite lakukan tu, kita dapat menemui Rasulullah dalam keadaan Rasulullah berbangga dengan kita sebagai umatnya.dengan ini juga, kita dapat declare diri kita sbg KHOIRU UMMAH.so,tu je laa utk post ni.salam.

Saturday, August 8, 2009

Siapa Rugi, Siapakah Yg Untung?

.salam alaykum.post kali ni asim just nk wat muhasabah diri cket.untuk mengetahui posisi dn darjat kita disisi Allah saw.hanya dgn muhasabah dan refleksi diri kita dpt mengetahui posisi dan darjat kita disisi Allah.moga kita dapat tahu sama ada perlakuan kita selama ini mendatangkn kerugian ataupun keuntungan kepada diri kita.insyaAllah.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.