Showing posts with label kesedaran. Show all posts
Showing posts with label kesedaran. Show all posts

Wednesday, January 6, 2010

Kenapa Diciptakan Neraka??

salam alaykum..sekian lama ana menyepi,akhirnye tergerak juga hati ntok update blog tersayang ni..hihi..oklah..insya Allah post kali ni ana nk muatkn post yg ana amik dr blog org..hik2..bacelah bg mereka yg masih keliru dn mengatakan bhw Tuhan zalim menciptakan NERAKA..dn bg mereka yg dh tau,mari kte same2 mantapkan fikrah dn tauhid kte..

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."

kte boleh lihat betapa berhikmah nye ustaz tu menegur dn membetulkan balik pemikiran gadis tersebut(harap ana dikurniakan hikmah sperti ustaz tu..amin)faqad minni..salam alaykum..

'BeingTheKhoiruUmmah'

Monday, September 7, 2009

..Perspektif Ramadhan..


.salam alaykum.so,melihat kpd tajuk,ape yg akan terlintas dlm fikiran setiap ntum??mesti ade byk pandangan seperti menggapai lailatul qadr,khatam quran,puasa penuh n so on.mesti pandangan setiap orang berbeza bergantung bagaimana menafsirkannya.bak kata pepatah orang putih,'what you get is what you see'..sekarang,kte tukar pula perspektif kita terhadap Ramadhan sebagai seorang remaja.mungkin sbg seorang remaja,kte akan bermatlamat agar dapat berdoa ada yg dihajatkan,mendapat fizikal yg sihat dan cergas dan sebagainya.persoalannya ialah,apakah matlamat yang BENAR dan TEPAT yang perlu kite set dalam minda kte.

.ok.mengharapkan fadilat dalam Ramadhan merupakan matlamat yang BETUL tapi TIDAK TEPAT.masalah ini sering terjadi di dalam kalangan masyarakat.ada juga yang menganggap bahawa puasa ini just tahan diri lapar dan dahaga..bukan itu sahaja,ada juga certain remaja dan kanak2 yg menganggap bahawa Ramadhan merupakan sebagai sebuah 'batu loncatan' utk dapat duit raya lebih pasal complete puasa dan khatam Quran.
.so,adakah puasa kita kerana kesihatan??kerana pahala??mahupun kerana adat dan kebiasaan?

.yes.kita puasa adalah atas dasar iman.input dlm diri org berpuasa ialah keimanannya kpd Allah swt.dan tanpa disedari ada ramai mengerjakan puasa bukan atas dasar iman lagi.mereka berpuasa atas dasar hikmah puasa seperti tubuh badan sihat,pengurusan masa dan lain2 yang sebenarnya hikmah berpuasa bertindak sebagai galakan dan intensif.

.dan ramai yg menganggap bhw ketaqwaan ini adalah hanya utk golongan veteran sahaja.dan kerana perspektif yg kurang tepat inilah membuatkn kite mendpt hasil yg kurang tepat dan memuaskan juga.sebenarnya,golongan remaja lah yg perlu mengejar matlamat puasa ini.kerana kesannya dapat dilihat sejak awal usia.kite tengok tokoh2 Islam seperti Saidina Ali kw,Sultan Muhd Al-Fateh dan tokoh2 lain yang memperoleh ketaqwaan sejak muda lagi.dan dengan jiwa syabab sejati inilah mereka telah melakar sejarah yg boleh dilihat kesannya sehingga sekarang.

.jadi,pada usia remaja ini adalah satu-satunya batu loncatan yang sebenar utk menggapai satu kejayaan yg lebih besar pada masa hadapan.insyaAllah.moga2 kita para remaja ini yg akan bangkit menundukkan musuh dan pengkhianat Islam yg semakin giat menyebarkan ideologi dan doktrin negatif khususnya kpd para remaja dan membuatkan mereka mempunyai perspektif dan pandangan yang salah mengenai Islam.

'BeingTheKhoiruUmmah'

Monday, August 24, 2009

APA ERTINYA IBADAT JIKA...

.salam alaykum.ana just nk kongsi mengenai sebuah tajuk yg diambil ringan oleh sume masyarakat kite skang.mana tidaknya,masyarakat tdk jelas lagi mengenai skop ibadah yg hnya berlegar di gelanggang yg kecil seperti solat,puasa ramadan,haji dan zakat. tajuk ini adlh utk menaik taraf mutu dan kualiti dan pemahaman kita mengenai ibadah kte terutamanya pada bulan ramadhan ini.insyaAllah.

Apa ertinya Ibadat jika ...

1- Keimanan kepada Allah tidak kuat

2- Keyakinan kepada al-Quran tidak mantap

3- Keyakinan kepada amal Sunnah tidak teguh

4- Perempuan yang mendedahkan auratnya terutama rambut

5- Lelaki yang menyerupai perempuan dan sebaliknya

6- Anda menggunakan, memakai, memakan dan minum dengan produk-produk keluaran Yahudi dan proksinya.

7- Anda sekeluarga memakan di Restoran KFC, PIZZA HUT dan MCDONALD.

8- Anda menzalimi atau merampas hak milik orang

9- Anda memperlekehkan orang alim ulama'

10-Anda menyokong pihak yg tdk menegakkan Islam

that's all.harap dpt ambil benda yg bermanfaat.

'Being The Khoiru Ummah'

Monday, August 17, 2009

Manusia yg paling berpengaruh

salam alaykum.setelah berape lame dh x post sbb ade masalah sket ngan streamyx kt rumah ana,kali ini ana just ana berkongsi sebuah video yang membuatkan ana berasa bangga dan izzah menjadi umat Nabi Muhammad saw.malas nk cite panjang.tgk je la vid ni.vid ni dlm BI.
Nabi Muhammad patut menjadi manusia yang paling berpengaruh kerana kita boleh tengok dn rasa hasil keringat Rasulullah dan para sahabat dalam berdakwah sehingga kesannya dapat dirasai sehingga generasi kita dan kita dapat nikmati keindahan Islam.Rasulullah juga patut mendapat gelaran tersebut kerana dalam peristiwa Isra' Mi'raj,Rasulullah menjadi imam kepada sekalian nabi.

.maknanya,selain menjadi 'role model' pada zamannya dan sekarang,Rasulullah juga menjadi 'role model' untuk zaman dulu.baginda juga disebut sebagai rahmat kepada seluruh alam.kalau dipikir2 balik,rahmat yang dimaksudkan bermakna sesuatu perkara yang mampu memberi banyak kebaikan dan pemulihan kepada SELURUH ALAM.selain itu, Nabi saw juga disebut dalam kitab2 samawi yang menceritakan tentang peribadi mulia baginda.so,TAK RASE IZZAH KE KITA NI JADI UMAT NABI SAW????

.jgn just rase izzah jer.tunjukkan kebanggaan kite tu dengan mewarisi tugas mulia baginda.SPREAD THE DAKWAH.semoga dengan dakwah yang kite lakukan tu, kita dapat menemui Rasulullah dalam keadaan Rasulullah berbangga dengan kita sebagai umatnya.dengan ini juga, kita dapat declare diri kita sbg KHOIRU UMMAH.so,tu je laa utk post ni.salam.