Sunday, August 22, 2010

peneman si mati..

Rasulullah SAW bersabda: ‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.

Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’

wallahu'alam

Tuesday, August 17, 2010

Pandangan Mata

.salam alaykum.fuhh..dh lame sungguh xmengepost disini.post ni ana just cerita mengenai pandangan mata.kadang2 kite merasa sempit dengan segala ujian kehidupan dan juga mempersoalkan bilakah doa kita dimakbulkanolehNya.perbaharuilah syahadah dn iman kita kerana sesungguhnya kita amat salah.byk nikmat yg Allah tlh berikan kpd kita tapi kita yg sering melupakannya antaranya nikmat mata.dn jika kita menikmatinya,kdg kita tersalah gunakannya mahupun kite tersalah dalam melihat.mari kita bace cerita ni.

Suatu hari seorang menteri di sebuah negara Ntahdimanantah , dijemput untuk merasmikan satu pameran lukisan-lukisan.

Dah la buta seni, terlupa pulak bawa cermin mata maka terpaksa dia bawa pemandunya mengiring beliau.

Menteri : “Wah, lukisan ini bagus. Gambar ikannya benar-benar hidup.”

Pemandu: “Shttt… Jangan kuat-kuat Datuk. Itu gambar buaya.”

Kemudian mereka berpindah ke lukisan lain.

Menteri: “Gambar gajah ni nampak benar- benar kuat.”

Pemandu: “Shttt… jangan kuat-kuat Datuk. Itu gambar kambing.”

Menteri tu kemudian menahan diri memberi komen sampai ia tiba pada satu sudut ruang pameran dia berkata:

“Wah, kagumnya..Lukisan Gorila nya nampak betul-betul hidup.!”

Pemandunya terdiam kejap dan berkata:

“Pssttt…. Jangan kuat-kuat Datuk. Itu cermin!”

.huhu.harap dpt menggunakan nikmat mata ni sebaiknya.insya Allah

'BeingTheKhoiruUmmah'