Thursday, August 27, 2009

Rayuan Hati Seorang Hamba

bismillahirrahmanirrahim..

jika ditakdirkan aku 'tidur' pada esok hari..
sampaikanlah pada Ramadhan..
yang aku rindu padanya..

jika ditakdirkan aku 'pulang' esok hari..
sampaikan pada Ramadhan..
yang aku memohon maaf..
kerana tidak dapat bersamanya..

jika ditakdirkan 'mataku kelu' esok hari..
sampaikan pada Ramadhan..
yang aku sangat cinta padanya..
kerna dia menutup pada Ramadhan yang lepas..

jika ditakdirkan 'badanku sejuk' esok hari..
sampaikan pada Ramadhan..
yang diri ini..
sangat kasih pada kehangatan barokahnya..

wahai ramadhan..
diriku yang lemah ini..
tak dapat menjanjikan nafas pada esok hari..
kerna aku mungkin tidur awal kali ini..

tapi..
sebelum itu terjadi..

biarlah aku sampaikan salam cinta ini kepada mu..
bila jasad dan ruh aku dipisahkan buat selamanya..
tiada apa lagi yang dapat aku kesalkan..
kerna cinta ini telah aku sampaikan..

ya Allah..

aku kurang menikmati cinta kepadaMu pada Ramadhan yang lepas..
jadi berilah aku peluang untuk bertasbih di setiap malam ramadhan ini..
berilah aku peluang untuk memuaskan diri dengan menangis di dalam solat..
di sepertiga malam..

berilah diri ini peluang untuk menjamu pahala yang telah Engkau janjikan..
berilah peluang untuk mentarbiah diri..
agar dunia tak dapat mengawal hatiku..
berikanlah aku kekuatan..

untuk menikmati setiap detik indah yang telah Kau kurniakan..
dalam Ramadhan al-mubarak ini..
dengarlah rayuan hati ini..
kabulkanlah permintaan ini..

ameen..

'BeingTheKhoiruUmmah'

No comments:

Post a Comment